Thursday, July 30, 2009

JANGAN MENANGIS WAHAI HATI...




DUHAI HATI...
USAH KAU KESALI KELEMAHAN DIRI...
USAH KAU RATAPI KEKURANGAN INI...
JANGAN KAU TANGISI KEMISKINAN ABI...
JANGAN KAU KAGUMI KEPALSUAN DUNIAWI...

DUHAI HATI...
KETAHUILAH...SEGALANYA KETENTUAN ILAHI...
SEDARILAH....KERANA KELEMAHAN DIRI ,
KAU BISA MENJADI SERIKANDI...
KERANA KEKURANGAN DIRI ,
KAU BISA MENJADI SAHABAT SEJATI...
KERANA KEMISKINAN ABI,
KAU BISA MENJADI INSAN YANG BERDIKARI...

DUHAI HATI...
SEDARILAH,DUNIA HANYA PERSINGGAHAN...
BUKAN KEINDAHAN ITU YANG DI CARI...
TAPI KEHIDUPAN YANG HAKIKI...
YANG BERSULAMKAN CINTA ILAHI...
MOGA KAU MENGERTI WAHAI HATI...BAHAWA HIDUP INI BUKAN HANYA DI SINI...





Ilmu itu pemyuluh Hidup...







ORANG YANG BERILMU
ITU MENYEDARI BAHAWA:

Timbulnya keinsafan
dari PERASAAN
Timbulnya kemahuan
dari KEINGINAN
Timbulnya keyakinan
dari KEPERCAYAAN
Timbulnya kemajuan
dari PERUBAHAN
Timbulnya kepandaian
dari KERAJINAN
Timbulnya kesihatan
dari KEBERSIHAN
Timbulnya CINTA
dari MATA
Timbulnya dengki
dari IRIHATI
Timbulnya kekuatan
dari PERSATUAN
Timbulnya BENCANA
dari KEJAHILAN
Timbulnya kesusahan
dari KEMISKINAN

-CENDIKIAWAN-

Inikah ertinya C.I.N.T.A.....


Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...

Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan senyum...

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kita kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...
Di depan orang yang kita cinta,kita menjadi malu...

Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar....
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta,
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis....
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita...

Tapi jika kita cuba menutup mata...
Cinta berbuah menjadi airmata...
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta...
Tetapi, hakikatnya....
Cinta kepada Allah swt Adalah lebih hakiki dan abadi....
Kasih sayangmu tuhan itu yang kudambakan...
Dengan rahmatMu,Ampunilah dosaku...

Lawak tapi benar...


Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minittu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi MahaPengasih...Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masaSembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupiseluruh tubuhnyer dgnpakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesingun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik...
""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelakii tu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk PakIman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok PakIman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macam mana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.selain terhibur ?anda fikirlahlah..." Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakanALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...""Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...
""Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran...
""Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia""Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
emm...
sama2 muhasabah n mengislahkan diri ye...

Kerana Aku Juga Wanita...


MUSLIMAH SEJATI

Wanita,
Perkataan yang sungguh indah sesuai dengan fitrah kejadiannya,
Apabila disebut wanita,
Terbayang di fikiran seorang yang lemah lembut dan bersopan santun,
Itulah ciri-ciri wanita solehah,
Wanita dizaman Rasulullah tidak gentar mempertahankan iman masing-
masing,
Rela mengorbankan nyawa sendiri ,
Umpama Sumaiyah yang kental semangatnya
Sanggup kehilangan insan tercinta demi mempertahankan iman di dada,
Wanita zaman itu,
Berkejar-kejaran untuk merebut pahala,
Tanpa mengenal erti jemu,
Semata-mata mencari keredhaan Ilahi,
Namun wanita zaman ini akal senipis rambutnya,
Sibuk mengejar kenikmatan yang sementara,
Mendedahkan aurat tanpa segan silu,
Pergaulan tiada batasan,
Maksiat berlaku dimana-mana,
Maruah tergadai tanpa berduka,
Kini,
Nilai seorang wanita diperlekehkan,
Dek perbuatan segelintir wanita yang tidak bermaruah,
Siapakah yang harus dupersalahkan?
Sebelum menunding jari,
Renunglah diri kita sendiri,
Muhasabahkanlah diri kita,
Dekatkan diri kepada Yang Esa,
Insyaallah diri akan terlepas dari fitnah dunia,
Wanita paling mudah untuk mendapat pahala,
Mengapa peluang itu dipersiakan,
Setiap titisan darah yang menitis dari perut ibu yang melahirkan anak
akan terhapuslah dosanya yang silam.
Pernah Rasulullah menceritakan,
Kaum wanitalah yang paling ramai ke neraka,
Disebabkan seketul daging yang tidak bertulang,
Wanita,
Jagalah lidahmu,
Kerana segala kemanisan dan kepahitan terletak disitu,
Aku merayu kepada semua muslimah,
Marilah kita saling menasihati,
Pertahankan maruah seorang wanita,
Kerna aku jua seorang wanita.

siapa aku di sisiMu...




SIAPA AKU


siapa aku d sisiMu Ya Allah...

di dalam keluarga,
aku permata ayah bonda..
kewajipanku mentaati mereka…
aku jua kakak kepada adik-adikku...
yang mendamba kasih dan perhatian dariku...
aku adalah adik kepada abang dan kakakku...
bagi mewarisi kejayaan terulung...

di kalangan teman-teman...
kekadang akulah teman bicara...
kekadang teman pengubat luka...
kekadang teman bergurau senda...
kekadang teman ke mana-mana...
di kalangan masyarakat....
aku adalah jiran tetangga...
aku adalah insan berkelana...
kekadang membantu yang tak upaya...

di kalangan para guru...
aku adalah penuntut ilmu...
yang memerlukan tunjuk ajar seikhlas hatimu guru...
menjadi harapan ayah dan ibu..
oleh itu,aku tidak harus jemu...
namun, di hadapanMu ya Allah..siapalah aku...
hamba yang menagih kasih sayangMu...
Ya Allah,jangan biarkan aku sendiri...
kerana aku tak mampu berdikari tanpa kasihMu Ilahi...